Lelaki warga Cameroon didakwa miliki wang palsu

Seorang lelaki warga Cameroon didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memiliki wang palsu serta peralatan untuk memotong dan membalut wang palsu itu. Gambar hiasan
Seorang lelaki warga Cameroon didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memiliki wang palsu serta peralatan untuk memotong dan membalut wang palsu itu. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Cameroon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan memiliki wang palsu serta peralatan untuk memotong dan membalut wang palsu itu, bulan lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Ammanuel Linwe Gwei, 51, didakwa memiliki sembilan bungkusan wang kertas RM100 palsu dengan niat untuk menggunakan wang itu sebagai tulen di sebuah kedai serbaneka di Brickfields di sini pada 5 petang, 15 Ogos lepas.

Penjual alat komunikasi itu juga didakwa memiliki wang palsu RM100 berjumlah 4,770 keping, wang kertas AS$ berjumlah 152 keping serta peralatan untuk memotong dan membalut wang tersebut di sebuah residensi di Cheras di sini pada 7.30 malam, tarikh sama.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh yang tidak diwakili peguam, tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Hakim Hamidah Mohamed Deril tidak memberikan jaminan dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!