Kaunter khas KLIA: Lagi pemilik syarikat warga Bangladesh ditahan

Warga Bangladesh ini ditahan reman kerana dipercayai terbabit sindiket memberi rasuah kepada penguat kuasa bagi membawa masuk kumpulan warga asing ke negara ini.
Warga Bangladesh ini ditahan reman kerana dipercayai terbabit sindiket memberi rasuah kepada penguat kuasa bagi membawa masuk kumpulan warga asing ke negara ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang lagi pemilik syarikat warga Bangladesh ditahan reman kerana dipercayai terbabit sindiket yang bersekongkol memberi rasuah kepada penguat kuasa bagi membawa masuk kumpulan warga asing ke negara ini.

Menurut sumber, suspek ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila merasuah penjawat awam dengan tujuan melepaskan warga asing masuk ke Malaysia menerusi modus operandi 'counter setting' atau laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber berkata, perintah reman selama tujuh hari sehingga Isnin ini telah dikenakan ke atas suspek lelaki berusia lingkungan 40-an.

Seorang warga Bangladesh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan tahanan reman kerana dipercayai terlibat merasuah penguat kuasa untuk membawa masuk kumpulan warga asing ke negara ini menerusi 'counter setting' di KLIA.
Seorang warga Bangladesh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan tahanan reman kerana dipercayai terlibat merasuah penguat kuasa untuk membawa masuk kumpulan warga asing ke negara ini menerusi 'counter setting' di KLIA.

"Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi ini.

"Suspek telah ditahan sekitar Kuala Lumpur menerusi Op Pump pada Isnin, jam 1.30 tengah hari," katanya pada Selasa.

Kata sumber, suspek dan beberapa ejen sindiket berkenaan dipercayai telah membayar sejumlah wang rasuah kepada beberapa pegawai di sebuah agensi penguat kuasa antara RM200 hingga RM25,000.

Jelasnya, bayaran itu sebagai balasan memudahkan kumpulan warga asing melepasi pintu masuk udara negara tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya.

Artikel Berkaitan:

"Wang rasuah berkenaan sebagai balasan bagi melindungi, memudahkan urusan dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas warga asing yang tidak memenuhi syarat serta tidak mengikut prosedur yang sah di bawah Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155)," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!