Pencemaran bau kimia: Polis tahan pemandu dan kelindan lori

Pencemaran bau yang berlaku di sepanjang Sungai Tebrau di Kampung Maju Jaya, Johor. (Gambar kecil: Raub)
Pencemaran bau yang berlaku di sepanjang Sungai Tebrau di Kampung Maju Jaya, Johor. (Gambar kecil: Raub)
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori dan kelindan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam insiden pencemaran bau disyaki bahan kimia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 23 dan 28 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di daerah ini sekitar jam 11 malam pada Isnin.

“Semakan rekod lampau mendapati kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya bebas pengaruh dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Raub berkata, kedua-dua suspek ditahan reman bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan selama tujuh hari bermula Selasa sehingga 16 September.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Raub berkata, kedua-dua suspek terbabit sebelum ini ditahan kerana membuang bahan kimia di Sungai Linggiu berhampiran Kampung Orang Asli Pasir Intan, Kota Tinggi pada 4 September lalu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian terbabit boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323.

Pada awal minggu lalu, beberapa kawasan di bandar raya Johor Bahru berdepan pencemaran bau kimia yang menyebabkan penduduk khususnya di Kampung Melayu Pandan terjejas kerana mengalami pening dan loya.

Artikel Berkaitan:

Pencemaran tersebut turut dilaporkan berlaku di tiga taman perumahan di Johor Bahru iaitu Taman Daya, Mount Austin dan Taman Istimewa.

Pada Rabu, pencemaran bahan kimia dikesan di kimia di Kampung Orang Asli Pasir Intan manakala pada Jumaat pula dikesan di di Kawasan Industri Desa Tropika, Johor Jaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!