Tipu tuntutan PERKESO: Kerjasama pihak berkuasa, agensi perlu dipertingkat

Mohammad Amar Masuri. Laporan Sinar Harian
Mohammad Amar Masuri. Laporan Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Kerjasama melibatkan pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan orang ramai perlu dipertingkatkan bagi memastikan aktiviti kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya membabitkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dapat dibendung secara keseluruhan.

Presiden Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema), Mohammad Amar Masuri berkata, ini kerana isu tersebut mencemarkan imej pegawai perubatan dan menjejas persepsi orang ramai terhadap integriti institusi kesihatan negara.

“Ia akan memberikan kesan buruk kepada institusi kesihatan dan pihak hospital sekali gus menimbulkan persepsi tidak baik oleh rakyat terutama di kalangan mereka yang benar-benar kurang upaya.

“Harapan Gema yang membawa suara anak muda, segala kegiatan rasuah, kartel dan korupsi perlu dibendung dengan kerjasama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) syarikat serta orang awam, agar masa depan negara dapat dijaga dan lebih sejahtera,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada 3 September, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel yang dikatakan telah memalsukan tuntutan hilang upaya PERKESO di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan berkata, mereka yang ditahan ialah dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!