Bapa calon BN PRK DUN Mahkota meninggal dunia

Perkhabaran duka itu dikongsikan di laman Facebook Perhubungan UMNO Johor.
Perkhabaran duka itu dikongsikan di laman Facebook Perhubungan UMNO Johor.
A
A
A

KLUANG - [DIKEMAS KINI] Bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa.

Perkhabaran duka itu dikongsikan di laman Facebook Perhubungan UMNO Johor.

Syed Abdullah Syed Abdul Hamid, 67, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini petang tadi.

Sebelum itu pada Isnin, Syed Hussien berkongsi keadaan bapanya yang terpaksa ditidurkan selepas disarankan oleh doktor.

Bagaimanapun, menurut sumber bapanya merupakan pejuang kanser.

Difahamkan Syed Abdullah yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang, turut berada sewaktu pengumuman Syed Hussien sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Taman Sri Kluang pada petang Sabtu.

Pengumuman Syed Hussien yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang sebagai calon itu dibuat Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.t

Majlis berkenaan urut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepiminan sayap BN dan Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!