Sambut Hari Malaysia menerusi aplikasi Roblox

Sinar Harian buat julung kalinya mengadakan program Sambutan Hari Malaysia Sinar Harian Peringkat Roblox.
Sinar Harian buat julung kalinya mengadakan program Sambutan Hari Malaysia Sinar Harian Peringkat Roblox.
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian buat julung kalinya mengadakan program Sambutan Hari Malaysia Sinar Harian Peringkat Roblox yang menggunakan platform digital bagi menarik penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sebagai sebuah akhbar yang mengangkat suara rakyat, penganjuran program ini adalah di luar kebiasaan kerana acara perhimpunan diadakan secara maya menggunakan aplikasi Roblox iaitu sebuah platform sistem pembangunan permainan dalam talian.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, Sinar Harian cuba meneroka konsep digital terkini untuk menarik lebih ramai golongan pelajar berinteraksi secara langsung sepanjang program ini.

Zamri
Zamri

“Sama seperti program fizikal, sambutan Hari Malaysia Sinar Harian Peringkat Roblox ini mengandungi aktiviti-aktiviti menarik seperti cerita rakyat, deklamasi puisi, nyanyian lagu patriotik dan persembahan fesyen busana Malaysia.

“Ini adalah transisi digital Sinar Harian yang sentiasa mendahului perubahan teknologi serba pantas hari ini,” katanya pada Selasa.

Program yang menjalinkan kolaborasi bersama Sinar Bestari itu akan diadakan pada Jumaat, 13 September ini bermula jam 8.30 malam di semua platform digital Sinar Harian.

Pada masa sama, Zamri berkata, Sinar Harian tetap meneruskan program secara fizikal di studio utamanya seperti Wacana Sinar Harian, TownHall Rakyat, Interviu dan Dialog Siswa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris berkata, sambutan Hari Malaysia Sinar Harian peringkat Roblox ini akan dihoskan Afiq Mat Zaid atau lebih dikenali Cikgu Zyd berganding dengan wartawan Sinar Harian, Farah Wahidah Ab Aziz.

Ruzy Adila
Ruzy Adila

“Peserta boleh melayari semua platform digital kami untuk mendapatkan pautan bagi menyertai acara ini pada Jumaat nanti.

“Selain itu, peserta juga boleh imbas kod QR yang disediakan atau klik sini bagi mendapat akses untuk menyertai persembahan pada Jumaat ini,” jelas beliau.

Imbas kod QR untuk maklumat lanjut.
Imbas kod QR untuk maklumat lanjut.

Tambahnya, sambutan ini akan berlangsung selama dua jam dengan memilih Putrajaya sebagai lokasi perhimpunan.

@sinarharianonline

Himpunan bersejarah Hari Malaysia dalam Roblox Jika dulu, tular permainan video Roblox disertai ratusan remaja yang bersolidariti bersama Palestin. Kini, buat julung kalinya Sinar Harian mengadakan program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Roblox pada 13 September ini. Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Nasional #Roblox #HariMalaysia #PermainanVideo #Remaja

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!