Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang laporan inflasi AS

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3330/3460 berbanding dolar AS daripada 4.3400/3445 ketika ditutup semalam - Gambar hiasan
Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3330/3460 berbanding dolar AS daripada 4.3400/3445 ketika ditutup semalam - Gambar hiasan
A
A
A
RINGGIT dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong sentimen pelabur yang berhati-hati menjelang laporan inflasi AS, kata penganalisis.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3330/3460 berbanding dolar AS daripada 4.3400/3445 ketika ditutup semalam.

Laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dijadualkan dikeluarkan lewat hari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, angka bagi potensi pengurangan kadar faedah yang akan diputuskan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS minggu depan masih dibincangkan dalam kalangan peniaga dan pelabur.

"Berdasarkan harga minyak mentah yang berada pada trajektori lebih rendah serta data pasaran buruh yang lemah maka, laporan IHP malam ini tidak seharusnya menjejaskan kemungkinan perubahan pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.7758/7902 daripada 4.7909/7959 ketika ditutup pada Selasa, dan naik berbanding pound British kepada 5.6680/6850 daripada 5.6850/6909.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.0478/0571 daripada 3.0309/0343.

Ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Artikel Berkaitan:


Mata wang domestik lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 280.3/281.3 daripada 280.7/281.2 semalam, dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3226/3328 daripada 3.3257/3294.

RInggit lebih kukukuh berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.71 daripada 7.69/7.71 sebelum ini namun, susut berbanding baht Thailand kepada 12.8748/9218 daripada 12.8581/8764. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!