Insiden tanah jerlus: Jalan Masjid India selamat dikunjungi - DBKL

Lokasi kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India.
Lokasi kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memaklumkan, mesyuarat yang diadakan pada Selasa itu dipengerusikan Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Mohamad Hamim.

Kenyataan itu memaklumkan, menerusi mesyuarat itu, semua agensi telah melaporkan hasil dapatan masing-masing.

"Berdasarkan laporan tersebut, didapati bahawa kejadian tanah jerlus adalah bersifat setempat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Malaysia, Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institusi Jurutera Malaysia (IEM) dan Pertubuhan Geoteknikal Malaysia (MGS).

DBKL memberitahu, merujuk kepada maklumat geologi dan rekod penyiasatan tanah sedia ada, lokasi insiden tanah jerlus terletak atas formasi Kenny Hills dan secara amnya terdiri daripada selang lapis batuan schist, phyllite dan quartzite.

Menurut DBKL, pihaknya kini sedang mengecilkan kawasan hoarding di tapak kejadian yang sebelum ini sepanjang 160 meter bermula dari Wisma Yakin sehingga Pondok Polis Jalan Masjid India.

"Kawasan hoarding yang baharu akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dari susur masuk tempat letak kereta bawah tanah Wisma Yakin sehingga simpang Jalan Masjid India/Lorong Bunus 1.

Artikel Berkaitan:

"Kawasan lain ialah mendapan kedua iaitu di hadapan Pondok Polis Masjid India dan sebahagian Lorong Tuanku Abdul Rahman 3," jelas beliau.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!