Alisson dedah rahsia permulaan cemerlang Liverpool

Alisson Becker
Alisson Becker
A
A
A

PENJAGA gol Liverpool, Alisson Becker telah mendedahkan sebab The Reds bermula dengan baik musim ini.

The Reds mengharungi permulaan yang luar biasa untuk musim baru di bawah pengendali baharu, Arne Slot apabila memenangi kesemua tiga perlawanan liga mereka tanpa bolos.

Mereka merupakan satu-satunya pasukan di England yang masih belum bolos selain berjaya meledak tujuh gol.

Walaupun masih awal, permulaan baik Liverpool sedikit sebanyak menafikan kebimbangan mereka akan sukar bersaing kerana tidak membeli ramai pemain baharu pada awal musim.

Bercakap kepada laman web rasmi kelab, pemain Brazil itu menamakan pendekatan kejurulatihan Slot dan usaha kolektif Liverpool sebagai punca The Reds tidak dibolosi atau tewas dalam perlawanan setakat ini.

“Idea (Slot) beliau tidak terlalu rumit. Dia seorang pengurus yang sangat bijak bukan sahaja tentang cara dia berfikir tentang bola sepak tetapi cara dia melaksanakan ideanya, ia sangat jelas.

“Mesejnya sangat jelas, jadi bagi kami pemain ia tidak terlalu rumit dan saya fikir itulah yang kami tunjukkan di atas padang. Sekarang kita mendapat keyakinan daripada melakukan perkara yang dia suruh kita lakukan.

“Tetapi dia menuntut banyak kerja keras daripada kami dan dari pihak kami, kami perlu meneruskan perkara seperti ini.

Artikel Berkaitan:

“Semua orang mempunyai matlamat yang sama untuk memenangi perlawanan, mengekalkan rekod bersih dan melakukan apa sahaja yang perlu dilakukan di atas padang – untuk bertahan, menyerang, menjaringkan gol, mencipta peluang.

“Jadi itulah sebabnya saya fikir kami bermain dengan baik pada awal musim ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!