Rangka manusia ditemui dalam loji kumbahan

Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia termasuk tengkorak dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi. - Foto IPD Kota Tinggi
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia termasuk tengkorak dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi. - Foto IPD Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Satu rangka manusia termasuk tengkorak ditemui dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, berkata, laporan berhubung penemuan tulang manusia itu diterima pada Ahad, oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit.

Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia termasuk tengkorak dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi. - Foto IPD Kota Tinggi
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia termasuk tengkorak dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi. - Foto IPD Kota Tinggi

Menurut beliau, selepas menerima laporan tersebut polis daerah Kota Tinggi bersama Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, bergegas ke lokasi.

"Hasil pemeriksaan menjumpai kain pelekat tersangkut pada mesin kisar tapis sampah.

"Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar membantu mengeluarkan rangka serta tulang yang ditemui tersangkut di tengah-tengah mesin kisar tapis sampah itu.

"Hasil pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian, pihak polis berjaya menjumpai satu tengkorak, tujuh ketul tulang panjang, sepasang tulang pinggul dan segumpal rambut," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Rabu.

Yusof berkata, spesimen tulang berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Asnalisz Zainal melalui talian 016-444 6871 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi (07-883 7222)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!