[VIDEO] Guru besar didenda RM10,000 guna dokumen palsu beli piano sekolah

A
A
A

IPOH - Seorang guru besar didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu bagi pembelian sebuah piano digital, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Rosnah Mat Zain, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Rosnah dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku salah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi pembelian sebuah piano digital, tiga tahun lalu.
Rosnah dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku salah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi pembelian sebuah piano digital, tiga tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama satu bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pada prosiding itu, Ibrahim menasihatkan tertuduh supaya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan sebagai penjawat awam.

"Ini baru (hukuman) dunia, belum akhirat. Bertaubatlah," katanya.

Mengikut pertuduhan pilihan, Rosnah didakwa menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu invois Brickword Resouce bertarikh 6 Disember 2021 untuk pembayaran pembelian piano digital jenama Roland serta bangku berwarna hitam berjumlah RM10,200 yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Artikel Berkaitan:

Rosnah tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi pembelian sebuah piano digital di sebuah sekolah di Teluk Intan, tiga tahun lalu.
Rosnah tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi pembelian sebuah piano digital di sebuah sekolah di Teluk Intan, tiga tahun lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah sekolah rendah di Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak pada 9 Disember 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 465 kanun sama, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Maziyah Mansor dan Pegawai Pendakwa, Sharul Azuan Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!