HONOR Magic V3 ajak pengguna ‘berpaling tadah’ dari Apple

No Image Caption
A
A
A


HONOR baru sahaja melancarkan iklan yang mungkin membuat Apple sedikit panas. Dalam video terbarunya, HONOR dengan penuh gaya menyindir pengguna Apple. Bayangkan sekumpulan orang sedang beratur di hadapan kedai Apple yang terkenal di TRX, bersedia untuk mendapatkan iPhone terbaru.

Namun, tiba-tiba mereka terpesona dengan kecanggihan dan reka bentuk Magic V3 yang boleh dilipat. Dalam plot twist yang mengejutkan, mereka semua memutuskan untuk ‘berpaling tadah’ dan memilih Magic V3.

Netizen, sudah tentu cepat menularkan topik ini. Ada yang berkata, “Apple terlalu mahal, lebih baik beli telefon lipat,” dan ada juga yang memuji HONOR kerana berani membuat serangan langsung dengan komen seperti “serangan ini sangat kuat!” Nampaknya HONOR tahu betul bagaimana nak mencuri perhatian ramai.

Nikmati iklan terbaharu HONOR yang penuh confident ini.



Apple ‘biasa-biasa’ sahaja - Kenyataan yang cukup berani

Tak cukup dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO )HONOR, George Zhao dalam satu temu bual baru-baru ini, menyentuh tentang persaingan AI antara syarikat gergasi telefon pintar.

Beliau menegaskan bahawa walaupun Apple terlibat dalam perlumbaan AI, namun ‘perkakasan mereka biasa-biasa sahaja’. Wowww, satu kenyataan berani dari HONOR! Zhao jelas percaya bahawa masa depan telefon pintar terletak pada teknologi boleh lipat bukan hanya penambahan kecil yang ditawarkan oleh Apple.
Artikel Berkaitan:


No Image Caption



Sementara Apple bersedia melancarkan iPhone 16, HONOR telah berada di barisan hadapan dalam teknologi telefon lipat sejak dua tahun lalu.

Dalam masa yang singkat, mereka berjaya menghasilkan Magic V3, telefon lipat AI yang paling nipis dan ringan setakat ini. Dari sekadar percubaan, kini telefon lipat ini sudah menjadi teknologi harian yang boleh diakses dan digunakan oleh orang ramai.

Pasaran telefon boleh lipat: Masa depan atau gimik

Menurut laporan TrendForce, penghantaran telefon boleh lipat di seluruh dunia dijangka mencecah 17.8 juta unit pada tahun 2024 iaitu 1.5 peratus dari pasaran telefon pintar. Menjelang 2028, angka ini dijangka meningkat kepada 4.8 peratus.

Namun, buat masa ini, Apple masih belum melancarkan sebarang telefon lipat, membuat ramai tertanya-tanya; adakah Apple takut kalah dalam persaingan ini?

Zhao berkata, Apple belum bersedia lagi, tetapi beliau berharap suatu hari nanti Apple akan mencipta produk boleh lipat yang hebat.

No Image Caption



Magic V3 keajaiban teknologi terkini: Peranti paling nipis, ringan dan AI Foldable

HONOR Magic V3 bukan sekadar telefon biasa. Dengan ketebalan hanya 9.2mm dan berat 226g, ia adalah telefon lipat paling nipis dan ringan di pasaran.

Skrinnya dilindungi dengan NanoCrystal Shield yang tahan calar dan tahan jatuh 10 kali ganda lebih baik dari telefon biasa. Kalau itu tak cukup, ia juga mempunyai pensijilan lima bintang Swiss SGS untuk ketahanan calar dan jatuh – telefon lipat yang benar-benar tahan lasak!

Bateri 5150mAh Magic V3 boleh bertahan sepanjang hari dan disokong oleh pengecasan pantas 66W, bersama pengecasan tanpa wayar 50W.

Dari segi kamera pula, telefon ini menawarkan kamera utama 50MP, kamera sudut ultra-lebar 40MP, dan lensa telefoto 50MP yang mampu menyaingi telefon flagship lain.

Dengan harga RM6,999, HONOR Magic V3 dilengkapi dengan stylus HONOR Magic Pencil, jam pintar Magic Watch 4 dan pengecas tanpa wayar 100W – satu pakej yang sangat berbaloi!

Jika anda masih ragu-ragu dengan kehebatan HONOR Magis V3, tonton video ini.



Jadi, jika anda berfikir untuk menukar telefon baru, mungkin sudah tiba masanya untuk ‘berpaling tadah’ dan memilih HONOR Magic V3. Lagipun, siapa yang tak mahu telefon lipat yang penuh gaya, ringan dan canggih ini?

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!