Reziq Bani Hani tinggalkan Selangor FC

Reziq Bani Hani. Foto Selangor FC
Reziq Bani Hani. Foto Selangor FC
A
A
A

JODOH penyerang dari Jordan, Reziq Bani Hani bersama Selangor FC tidak kekal lama apabila dia membuat keputusan meninggalkan pasukan itu untuk menyertai kelab negaranya, Al Hussein SC.

Perkara itu diumumkan skuad Gergasi Merah di laman Facebook mereka yang turut mengucapkan terima kasih atas khidmat pemain itu selama lima bulan bersama pasukan gergasi Lembah Klang.

"Penyerang muda dari Jordan, Reziq Banihani secara rasmi telah meninggalkan kelab itu secara perpindahan tetap ke kelab lain di Jordan.

"Kami mengucapkan terima kasih atas jasanya selama bersama pasukan dan mendoakan yang terbaik untuknya pada masa hadapan," kata pasukan itu.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai Selangor pada awal musim ini daripada kelab Jordan Al-Faisaly.

Walaupun kerap diturunkan selaku pemain gantian oleh pengendali pasukan Nidzam Jamil, namun impak Reziq nyata memukau dalam 10 penampilannya dalam aksi Liga Super dan Piala FA.

Dia turut meledak gol ketika aksi separuh akhir Piala FA untuk membolehkan Selangor mara ke final bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!