Pahang catat kadar purata penginapan tertinggi kategori domestik

Pahang mencatatkan kadar purata tempoh penginapan tertinggi di Malaysia pada kadar 75 peratus dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Gambar hiasan, gambar kecil: Leong Yu Man
Pahang mencatatkan kadar purata tempoh penginapan tertinggi di Malaysia pada kadar 75 peratus dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Gambar hiasan, gambar kecil: Leong Yu Man
A
A
A

KUANTAN - Pahang mencatatkan kadar purata tempoh penginapan tertinggi di Malaysia pada kadar 75 peratus dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan positif 2.5 peratus berbanding tahun lalu.

Menurutnya, kadar purata penginapan itu dinilai lebih dari 36,000 jumlah bilik penginapan berdaftar di negeri ini berdasarkan data daripada Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia.

"Berdasarkan data itu, Kuala Lumpur berada pada kedudukan kedua dengan purata 60.3 peratus diikuti Putrajaya di kedudukan ketiga dengan 55 peratus.

"Kedudukan keempat, Pulau Pinang dengan purata 53.5 peratus disusuli Johor dan Selangor pada kedudukan kelima serta keenam masing-masing dengan purata 49.2 dan 47.7 peratus," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Yu Man berkata, dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, Pahang merekodkan kedatangan 5.9 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM5.3 bilion.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan 15.74 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu iaitu 5.1 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM4.5 bilion.

"Berdasarkan data daripada Tourism Malaysia, dalam tempoh sama tahun ini, Pahang turut mencatatkan jumlah penginap hotel tertinggi dalam kalangan

Artikel Berkaitan:

pelancong tempatan iaitu 5.92 juta orang diikuti Kuala Lumpur (4.4 juta), Johor (3.7 juta), Selangor (2.8 juta) dan Pulau Pinang (2.3 juta).

"Lima daerah di Pahang menunjukkan jumlah kedatangan pelancong amat positif iaitu Bentong, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh dan Rompin," katanya.

Beliau berkata, destinasi pelancongan seperti Genting Highlands, Pulau Tioman, Cameron Highlands dan bandar raya Kuantan kekal relevan apabila sentiasa merekodkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong dari tahun ke tahun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!