KBS hargai sokongan rakyat Malaysia, FAM

Antara penyokong-penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan di Cheras. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Antara penyokong-penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan di Cheras. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyediakan gelanggang berkecuali kepada Palestin menentang Jordan bagi perlawanan kedua Kumpulan B Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia pada Ahad.

Malah Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila hadir memberikan sokongan kepada skuad kendalian Makram Daboub dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai 'rumah kedua'.

Adam Adli
Adam Adli

"Kementerian juga melihat ini sebagai satu manifestasi solidariti semangat setiakawan kepada rakan-rakan kita di Palestin.

"Selepas pertemuan dengan Kedutaan Palestin, kita banyak dibincangkan mengenai pertukaran budaya antara golongan belia, permindahan kepakaran dalam latihan sukan selain kita harap dapat terokai bersama sukan lain mengikut kesesuaian pihak Palestin.

Antara penyokong tempatan yang hadir menyaksikan perlawanan di Cheras. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Antara penyokong tempatan yang hadir menyaksikan perlawanan di Cheras. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Buat masa ini kita bagi tumpuan kepada bola sepak dengan kerjasama FAM yang akan ditingkatkan lagi selepas ini," katanya semasa ditemui media semasa menyaksikan perlawanan kedua peringkat kumpulan kedua-dua pasukan.

Jordan meraih tiga mata dalam perlawanan itu selepas menewaskan Palestin, 3-1 hasil jaringan Yazan Al-Naimat (m-5, m-51) dan Noor Al-Rawabdeh (m-72) manakala gol Palestin dijelmakan Wessam Abou Ali minit ke-41.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!