Kelantan peruntuk RM125.2 juta untuk lestari pendidikan

Pelajar menerima sumbangan dari Kerajaan Kelantan yang disampaikan Mohd Nassuruddin (dua dari kanan).
Pelajar menerima sumbangan dari Kerajaan Kelantan yang disampaikan Mohd Nassuruddin (dua dari kanan).
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukan sejumlah RM125.2 juta untuk kelestarian pendidikan di negeri itu tahun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, peruntukan disalurkan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) menerusi Belanjawan 2024 bagi memastikan pelajar bawah kendalian YIK terus membangun dengan modal insan berwawasan akhirat seterusnya melakar kejayaan ke peringkat antarabangsa.

“Kerajaan Kelantan meletakkan kepentingan pendidikan sebagai fokus utama dalam pentadbiran kerana kepentingan ilmu dalam memakmurkan negeri serta negara.

“Peruntukan RM125.2 juta disediakan termasuk bagi pelaksanaan program-program kecemerlangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta pelajar lanjut pengajian di luar negara,” katanya.

Hadirin terdiri kenamaan, ibu bapa dan pelajar yang bakal ke luar negara bergambar di YIK, Tunjung di Kota Bharu pada Rabu.
Hadirin terdiri kenamaan, ibu bapa dan pelajar yang bakal ke luar negara bergambar di YIK, Tunjung di Kota Bharu pada Rabu.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kecemerlangan Peperiksaan dan Pelajar ke Timur Tengah serta Perasmian Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan di YIK Tunjong di sini pada Rabu.

Menurut beliau, 82 daripada 93 sekolah YIK terlibat dalam peperiksaan SPM dan STAM tahun ini.

“Mereka ialah sejumlah 5,162 calon SPM, manakala 1,024 calon STAM.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua mereka juga akan terlibat dengan program kecemerlangan peperiksaan yang adakan dilaksanakan di bawah YIK,” katanya.

Dalam pada itu Mohd Nassuruddin memberitah, seramai 98 pelajar di bawah YIK yang akan melanjutkan pelajar ke Timur Tengah dalam pelbagai bidang pengajian di peringkat ijazah sarjana muda antaranya di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dan diberikan sumbangan RM500 setiap seorang.

“Mereka antaranya seramai 40 akan menyambung dalam bidang Pengajian Islam, 18 pelajar bidang al-Quran dan Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra dan seorang Ulum Islamiah di Universiti Al-Azhar.

“Terdapat tiga pelajar akan mengikuti bidang perubatan dan pergigian, manakala seramai 12 pelajar ke universiti di Jordan serta tujuh lepasan Pusat Pengajian Pondok YIK, Kandis akan menyambung pengajian di Universiti Zaitunah di Tunisia,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!