Helikopter Israel terhempas di Rafah

Dua maut nahas helikopter di Rafah, Palestin. - Agensi
Dua maut nahas helikopter di Rafah, Palestin. - Agensi
A
A
A

RAFAH - Dua askar Israel terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam nahas helikopter tentera di Genting Gaza, lapor Agensi Berita MEHR.

Sumber melaporkan hari ini bahawa sebuah helikopter Israel terhempas di Rafah.

Menurut laporan awal, tiga anggota rejim Zionis terbunuh.

Laporan sama mendedahkan lapan anggota lain cedera manakala empat lagi berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini, tiada pengawai tentera Israel mengulas mengenai insiden itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!