Pencemaran bau kimia: Tiga sekolah ditutup jalani PDPR

Sungai Tebrau yang berhampiran dengan SK Kampung Maju Jaya.
Sungai Tebrau yang berhampiran dengan SK Kampung Maju Jaya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga sekolah melibatkan SK Maju Jaya serta Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah, disahkan mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR), setelah ketiga-tiganya diarah ditutup.

Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Azman Tamin, ketiga-tiga sekolah berkenaan ditutup susulan bau busuk dipercayai akibat bau kimia di Sungai Tebrau, berhampiran sekolah berkenaan.

“Kesemua pelajar dari ketiga-tiga sekolah ini akan meneruskan proses PDPR.

“Penutupan ini melibatkan 874 murid dan 64 guru dari SK Kampung Maju Jaya, 1,232 murid, 92 guru (Sekolah Rendah Islam Hidyah) dan 807 pelajar, 75 guru (Sekolah Menengah Islam Hidayah),” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Untuk rekod, pencemaran bau itu dipercayai bermula apabila penduduk Kampung Melayu Pandan, di sini, hingga menyebabkan penduduk di situ berasa loya dan mengalami muntah-muntah serta pening kepala.

Keadaan berkenaan turut menyebabkan sebuah tabika dan sekolah agama di kampung berkenaan ditutup.

Terdahulu, pencemaran (bau) tersebut dikesan berlaku di Kampung Orang Asli Pasir Intan, manakala pada Jumaat pula dikesan di di Kawasan Industri Desa Tropika, Johor Jaya.

Terbaru, pencemaran bau kimia tersebut dikesan berlaku di Sungai Tebrau di Kampung Maju Jaya di sini dan dengan beberapa murid mengalami gejala kesihatan akibat pencemaran.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!