Pemandu jengkaut maut dihempap jentera sendiri

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang dihempap jengkaut dalam kejadian di sebuah kuari di Kampung Tetap Batu 10 di sini pada Sabtu.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang dihempap jengkaut dalam kejadian di sebuah kuari di Kampung Tetap Batu 10 di sini pada Sabtu.
A
A
A

KULIM - Seorang pekerja maut apabila dihempap jengkaut yang dipandu sendiri dalam kejadian di sebuah kuari di Kampung Tetap Batu 10 di sini, pada Sabtu.

Mangsa yang merupakan warga Bangladesh berusia 30-an dilaporkan maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Difahamkan, jentera yang dipandu mangsa terbabas sebelum terbalik dan menghempapnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, sepasukan bomba dari BBP Kulim Hi Tech dikejarkan ke lokasi kejadian pada jam 11.53 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa berada dalam jentera pengorek yang terbalik menyebabkan mangsa tersepit.

"Mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan bantuan sebuah lagi jentera pengorek dan peralatan penyelamat," katanya di sini pada Rabu.

Azmir berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!