Lelaki pukul kepala pembantu kedai direman

Suspek (tengah) direman empat hari setelah memukul pembantu kedai di sebuah kedai runcit di Setia Triangle, Bayan Baru.
Suspek (tengah) direman empat hari setelah memukul pembantu kedai di sebuah kedai runcit di Setia Triangle, Bayan Baru.
A
A
A

BALIK PULAU - Lelaki yang memukul kepala seorang pembantu kedai di sebuah kedai runcit di Setia Triangle, Bayan Baru direman empat hari bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Sharmila Abdul Samad di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini tadi.

Suspek ditahan reman bagi disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Semalam, suspek berusia 47 tahun itu ditahan di tepi Jalan Nuri, Sungai Ara di sini pada jam 2 petang.

Suspek berasal dari Sungai Dua, Butterworth itu merupakan seorang peniaga dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau malah ujian saringan dadahnya juga negatif.

Dalam kejadian Selasa lalu, seorang pembantu kedai dipukul di belakang kepala oleh seorang lelaki ketika dia sedang bekerja di sebuah kedai runcit di Setia Triangle, Bayan Baru.

Kejadian itu berpunca selepas wanita berusia 29 tahun tersebut menegur pelanggannya itu agar tidak membeli tiga paket minyak masak berikutan ia terhad kepada dua paket sahaja.

Lelaki tersebut terus memarahi wanita itu lalu memukul belakang kepalanya menggunakan tangan.

Artikel Berkaitan:

Dia juga mengugut wanita itu dengan berkata 'lu jaga', sambil beredar dari kedai tersebut.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang mengalami sakit di bahagian belakang kepala telah membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!