Noorrul Azril Panglima 5 Divisyen yang baharu

Malek (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Noorrul Azril (kanan) yang menjawat jawatan sebagai Panglima 5 Divisyen dan disaksikan Mohd Sofi (tengah) di Padang Kawad Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD), Kem Lok Kawi, Putatan.
Malek (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Noorrul Azril (kanan) yang menjawat jawatan sebagai Panglima 5 Divisyen dan disaksikan Mohd Sofi (tengah) di Padang Kawad Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD), Kem Lok Kawi, Putatan.
A
A
A

PUTATAN - [DIKEMAS KINI] Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Panglima 5 Divisyen berkuatkuasa pada Rabu.

Majlis serah terima tugas antara beliau dengan Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilaksanakan di Padang Kawad Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD), Kem Lok Kawi, di sini.

Upacara serah terima tugas disaksikan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.

Sebelum itu, seramai 15 Pegawai dan 456 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 5 Divisyen tersebut.

Majlis didahului dengan perbarisan yang diiringi oleh Pancaragam Gabungan Formasi 5 Briged di bawah pimpinan Pegawai Waren II, Mohd Aznan Ab Ghani.

Acara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Panglima 5 Divisyen, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat lalu diteruskan dengan acara penyerahan tongkat kuasa dan nota serah terima tugas.

Untuk rekod, Malek menjawat jawatan tersebut mulai 11 September 2023 dan akan bertukar keluar ke Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP), Markas ATM sebagai Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan.

Turut hadir, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis (Panglima 1 Divisyen), Brigedier Jeneral Mohd Zamri Abdullah (Panglima 5 Briged), Brigedier Jeneral Hashim Osman (Panglima 13 Briged) dan Brigedier Jeneral Datuk Dr Lim Teck Kiong (Komander Rejimen 516 Askar Wataniah).

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!