Elak spekulasi, andaian berkaitan penemuan mayat warga emas

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Sukarno
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Sukarno
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kes melibatkan seorang warga emas yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan jasadnya sudah tinggal rangka di sebuah pangsapuri di Kepong di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya mendapati andaian berkenaan tidak diperoleh daripada saksi-saksi dalam siasatan.

"Berdasarkan apa yang tular menerusi media sosial, polis mendapati maklumat berkenaan tidak ada dalam siasatan yang dijalankan.

"Saya nasihatkan agar masyarakat tidak membuat spekulasi atau andaian sendiri terhadap kes yang masih dalam siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Terdahulu, tular beberapa hantaran spekulasi berkaitan kes melibatkan warga emas yang ditemukan meninggal dunia di sebuah pangsapuri dekat Kepong, Khamis lalu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki warga emas ditemui di sebuah pangsapuri di Kepong, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa selepas dia pergi ke kediaman itu untuk berjumpa dengan ayahnya.

Lelaki warga emas itu ada penyakit darah tinggi dan pernah kena strok.

Artikel Berkaitan:

Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!