Remaja terselamat, bapa saudara hilang disambar buaya

Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu. Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA MARUDU - Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, lelaki berusia 35 tahun itu tidak ditemui manakala anak saudaranya yang berusia 17 tahun sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, lapan anggota dikejar ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.07 petang.

"Menurut laporan terdapat seorang mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang mandi di sungai bersama anak saudaranya.

"Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan bersama bot aluminium bomba dan sebuah lagi bot penduduk kampung untuk menyusuri sungai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, maklumat lanjut akan dikemas kini dari masa ke masa mengenai operasi SAR tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!