Yusoff Rawther dituduh di Mahkamah KL esok

Muhammed Yusoff Rawther
Muhammed Yusoff Rawther
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8 pagi esok atas pertuduhan memiliki senjata api dan dadah.

Perkara itu dikongsikan oleh peguam bela, Rafique Rashid menerusi satu memo yang dikeluarkan pada jam 9.40 malam tadi.

"Butiran lanjut akan diperolehi esok dan sidang media oleh peguam bela akan diadakan sejurus pertuduhan," katanya ringkas pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammed Yusoff ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.

Muhammed Yusoff telah menyatakan secara jelas kepada pihak berkuasa bahawa pistol dan 305 gram dadah disyaki ganja bukan miliknya serta tiada kena-mengena dengan barangan terlarang tersebut.

Malah jelasnya, keputusan ujian saringan air kencing juga dilaporkan negatif.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek direman selama enam hari bermula Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!