RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival satukan makanan, budaya

Mohd Najwan (tengah) ketika majlis pelancaran RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival pada Sabtu lalu.
Mohd Najwan (tengah) ketika majlis pelancaran RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival pada Sabtu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival anjuran portal masakan nombor satu Malaysia, Rasa sempena Hari Malaysia mencapai objektifnya menyatukan makanan dan budaya serta mendapat sambutan yang luar biasa.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, festival itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan hari bersejarah tetapi juga menunjukkan makanan khususnya kari sebagai elemen penyatuan semua kaum di negara ini.

Mohd Najwan
Mohd Najwan

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada portal Rasa atas penganjuran RASA Layan Curry Fiesta bertemakan Satu Malaysia Layan Kari yang julung kali diadakan sempena sambutan Hari Malaysia ini.

"Festival ini menunjukkan pengaruh hidangan kari yang sinonim dengan selera rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ia turut membuktikan kekuatan industri makanan & minuman (F&B) dalam pengusaha kecil, restoran dan pengeluar rempah mendapat manfaat daripada minat rakyat terhadap hidangan kari," katanya selepas majlis pelancaran festival tersebut pada Sabtu lalu.

Suasana di reruai yang turut serta di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival pada Sabtu lalu.
Suasana di reruai yang turut serta di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, sempena Hari Malaysia, RASA Layan Curry Fiesta 2024 menjadi platform rakyat negara ini meraikan keunikan.

Ujarnya, dengan himpunan peminat kari dan tular yang lain dari seluruh negara, acara tersebut turut membuktikan makanan boleh menjadi jambatan menghubungkan masyarakat.

Suasana di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival pada Sabtu lalu.
Suasana di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival pada Sabtu lalu.

"Di sinilah, di bawah satu bumbung kita dapat merasai semangat perpaduan dan kekitaan yang menjadi nadi kepada negara ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, RASA Layan Curry Fiesta 2024 X Havoc Festival adalah lebih daripada sekadar festival makanan, ia simbol perpaduan dan kekuatan budaya Malaysia.

Syamil Fahim
Syamil Fahim

Menurutnya, sambutan luar biasa yang diterima menunjukkan betapa rakyat Malaysia menghargai warisan makanan dan berharap acara itu akan terus menjadi pemangkin kepada perpaduan serta keharmonian negara.

"Kami berbesar hati dapat menganjurkan acara yang bukan sahaja memuaskan selera, tetapi turut menyemai rasa cinta dan hormat terhadap kepelbagaian yang wujud di negara kita.

Suasana di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival.
Suasana di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival.

"Acara ini tidak hanya sekadar memanjakan lidah dengan pelbagai hidangan kari, ia juga membuka peluang kepada komuniti tempatan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan kepada khalayak yang lebih luas.

Antara makanan yang ada di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival pada Sabtu lalu.
Antara makanan yang ada di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival pada Sabtu lalu.

"Terima kasih kepada rakan penaja iaitu redONE, Kewpie, Jalen, Hameediyah dan Nasi Kandar Ekspress serta rakan komuniti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang telah memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran fiesta ini," katanya.

Antara makanan yang ada di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival.
Antara makanan yang ada di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk demonstrasi masakan, pertandingan masak kari dan persembahan kebudayaan yang memeriahkan suasana sambutan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!