YIA sasar kutipan infak RM7.5 juta

Abdul Fattah (dua dari kiri) menyampaikan sijil dan anugerah kepada penerima Best Paper Award G-CWTBE tahun ini.
Abdul Fattah (dua dari kiri) menyampaikan sijil dan anugerah kepada penerima Best Paper Award G-CWTBE tahun ini.
A
A
A

YAYASAN Infaq Angkasa (YIA) menyasarkan kutipan infak sebanyak RM7.5 juta setahun.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, beliau optimis sasaran itu mampu dicapai tahun ini berdasarkan kutipan RM3.5 juta yang diperoleh bermula Januari hingga Ogos lalu.

Jumlah terbabit merangkumi RM2 juta infak daripada ahli-ahli Angkasa dan orang persendirian.

Abdul Fattah (empat dari kiri) bergambar bersama penerima anugerah sempena G-CWTBE 2024 di Kota Bharu pada Rabu.
Abdul Fattah (empat dari kiri) bergambar bersama penerima anugerah sempena G-CWTBE 2024 di Kota Bharu pada Rabu.

“Angkasa juga menginfak secara tetap dengan kadar RM1.5 juta setahun selain menerima pelbagai bentuk infak daripada pihak-pihak lain seperti wang ringgit.

“Angkasa mempunyai 7.5 juta ahli, bayangkan setiap mereka menginfakkan RM1 setahun, YIK dah boleh capai sasaran itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Persidangan Global Teknologi Wakaf dan Ekonomi Perniagaan (G-CWTBE) 2024 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, di sini, pada Rabu.

Menurut beliau, infak berpotensi besar dalam menyumbang kepada pembangunan sosial ekonomi mampan.

Sejak penubuhan pada 9 Julai 2021, YIA mengumpulkan kutipan infak sebanyak RM30 juta dengan lebih RM17 juta sudah diagihkan untuk pelbagai projek di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Abdul Fattah (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Best of the Best G-CWTBE 2024 di UMK pada Rabu.
Abdul Fattah (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Best of the Best G-CWTBE 2024 di UMK pada Rabu.

Pihaknya juga menyasarkan untuk membangunkan sekurang-kurangnya satu bangunan wakaf di setiap negeri bagi membantu memperkukuhkan ekonomi setempat dan merancang menjalin kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam negeri bagi memperkukuhkan pembangunan aset wakaf.

“Sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi projek pembangunan ekonomi wakaf dan setakat ini, YIK sudah ada bangunan di Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Putrajaya dan Pulau Pinang.

“Selainnya, infak turut digunakan bagi projek pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial selain sektor-sektor strategik yang menyokong pembangunan ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Fattah memberitahu, persidangan bertaraf antarabangsa G-CWTBE itu julung kali diadakan dengan kerjasama UMK dan disertai 120 peserta merangkumi ahli akademik, pihak industri, agensi kerajaan, ahli koperasi serta pihak-pihak berkepentingan dari pelbagai bidang wakaf dari tujuh negara.

“Persidangan ini menjadi platform kepada peserta untuk berbincang, berkongsi pengetahuan dan membina kerjasama dalam merangka potensi wakaf melalui penerapan inovasi teknologi.

“Persidangan ini juga memperkenalkan kajian terkini dan amalan terbaik dalam bidang perniagaan, menjadikan wakaf sebagai instrumen kewangan yang lebih berkesan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!