30 peluru berpandu Hezbollah disasarkan ke Israel

Israel menyerang selatan Lubnan pada Rabu seiring serangan dilancarkan Hezbollah. Foto AFP
Israel menyerang selatan Lubnan pada Rabu seiring serangan dilancarkan Hezbollah. Foto AFP
A
A
A

LETUPAN dan kepulan asap dapat dilihat di sempadan Israel-Lubnan, apabila serangan dilancarkan Hezbollah memasuki bahagian utara Israel.

Bagaimanapun tentera Israel mendakwa, serangan udara yang melibatkan kira-kira 30 peluru berpandu itu mengenai kawasan lapang dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pertempuran dilaporkan berlaku setiap hari di antara Israel dan Hezbollah sejak 8 Oktober tahun lalu. Tarikh tersebut merupakan sehari selepas perang tercetus antara Israel dan pasukan pejuang Hamas.

Permusuhan Israel-Hezbollah telah memaksa puluhan ribu orang awam dipindahkan di sempadan Israel-Lubnan.

Hezbollah berkata, pihaknya akan terus memerangi Israel selagi perang di Gaza berterusan. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!