Infrasel lancar Jetpatcher, Projek Turapan Mega 2024

Penggunaan Jetpatcher memberi kelebihan dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan permukaan jalan raya dapat dilakukan dengan lebih pantas.
Penggunaan Jetpatcher memberi kelebihan dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan permukaan jalan raya dapat dilakukan dengan lebih pantas.
A
A
A

SHAH ALAM - Infrasel Sdn. Bhd. (Infrasel) memperkenalkan Jetpatcher iaitu aset terbaharu milik anak syarikat milikan penuh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) pada Selasa. Jetpatcher akan memainkan peranan penting dalam usaha memperbaiki infrastruktur jalan di Selangor sepanjang Program Turapan Mega 2024 berlangsung.

Majlis pelancaran diadakan di Dataran Pahlawan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dirasmikan Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Ir. Izham Hashim.

Ujar Izham, Jetpatcher merupakan jentera canggih dimiliki Infrasel yang berupaya untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan rosak dan berlubang dengan lebih efisien.

“Ini merupakan jentera pertama dibeli dan dalam proses percubaan untuk membantu kita dalam menyelenggara jalan-jalan dengan fokus utama kepada kerosakan jalan berlubang,” ujarnya.

Penggunaan Jetpatcher memberi kelebihan dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan permukaan jalan raya dapat dilakukan dengan lebih pantas.
Penggunaan Jetpatcher memberi kelebihan dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan permukaan jalan raya dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Izham ketika ditemui pemberita turut memaklumkan, teknologi digunakan mempunya banyak kelebihan berbanding cara konvensional yang memakan masa lebih panjang untuk kerja menampal lubang jalan.

“Biasanya dalam kaedah biasa (konvensional) ia memerlukan dua kali kerja namun penggunaan jentera ini boleh melakukan kerja lebih cepat dengan ketahanan jalan lebih baik,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, jentera itu dipercayai lebih mesra alam dengan pengurangan pengeluaran karbon lebih rendah berbanding dengan kaedah konvensional yang kebiasaannya digunakan dalam industri pembinaan dan penyelenggaraan.

Artikel Berkaitan:

Izham ketika berucap pada majlis pelancaran yang diadakan di Dataran Pahlawan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini pada Selasa.
Izham ketika berucap pada majlis pelancaran yang diadakan di Dataran Pahlawan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini pada Selasa.

Jelasnya, penggunaan Jetpatcher juga memberi kelebihan dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan permukaan jalan raya dapat dilakukan dengan lebih pantas dan meminimumkan gangguan kepada pengguna jalan raya.

“Kerja-kerja penyelenggaraan khususnya tampalan permukaan jalan raya menjadi lebih cepat dengan minimum tenaga kerja digunakan seramai dua dan empat orang untuk satu kumpulan.

“Bagi satu lori dengan kapasiti 2.5 kubik meter padu ini pula ia mampu menampal 80 lubang (sederhana besar) dan setiap lubang hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit,” ujarnya.

Menurutnya, seramai 15 kakitangan Infrasel kini sedang mengikuti latihan untuk mengendalikan Jetpatcher termasuk kakitangan Jabatan Kerja Raya bagi melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Kerja-kerja memperbaiki infrastruktur jalan lebih mudah dengan menggunakan Jetpatcher.
Kerja-kerja memperbaiki infrastruktur jalan lebih mudah dengan menggunakan Jetpatcher.

“Ketahanan jalan juga akan menjadilebih baik namun ketika ini mereka masih dalam tempoh latihan dan kerja menampal ini akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa selepas jentera digunakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri juga bercadang untuk menambah jumlah bilangan jentera itu sekiranya hasil yang diberikan sepanjang tempoh percubaan ini adalah lebih baik dan berkesan.

Mengenai Projek Turapan Mega 2024, ujarnya, ia merupakan usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor sejak 2023 dan turut dilancarkan dalam majlis yang sama di Dataran Pahlawan.

Projek dengan peruntukan sebanyak RM20 juta itu merupakan kesinambungan kepada kejayaan Pojek Turapan Mega 1.0 yang dilaksanakan pada 2023 melalui penyelesaian sebanyak 118 arahan kerja dikeluarkan meliputi sembilan daerah di negeri Selangor.

Kerja-kerja memperbaiki infrastruktur jalan lebih mudah dengan menggunakan Jetpatcher.
Kerja-kerja memperbaiki infrastruktur jalan lebih mudah dengan menggunakan Jetpatcher.

Izham memaklumkan, projek Turapan Mega 2024 yang akan bermula awal Oktober ini bertujuan untuk memperbaiki dan menaik taraf permukaan jalan rosak serta berlubang di seluruh negeri.

“Melalui projek ini, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna,” ujarnya.

Untuk rekod, Infrasel merupakan sebuah anak syarikat milikan penuh KSSB yang ditubuhkan untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan bagi penyelenggaraan rutin, kerja-kerja kecemasan dan penyelenggaraan berkala.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!