Cubaan seludup lembu ketika Sungai Golok cetek gagal

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan lembu yang dilakukan semasa air Sungai Golok cetek di sempadan Malaysia-Thailand di Tanah Merah pada Rabu.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan lembu yang dilakukan semasa air Sungai Golok cetek di sempadan Malaysia-Thailand di Tanah Merah pada Rabu.
A
A
A

TANAH MERAH - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan lembu yang dilakukan semasa air Sungai Golok cetek di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Rabu.

Tangkapan jam 1.15 petang itu semasa rondaan dilakukan oleh Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) di kawasan tersebut telah mendapati dua orang awam sedang melakukan aktiviti penyeludupan haiwan ternakan di tebing sungai berkenaan.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, lembu terbabit telah dibawa masuk ke negara ini dengan merentasi Sungai Golok yang cetek.

"Semasa diserbu, kedua-dua orang awam tersebut telah berjaya melarikan diri menyeberangi sungai ke Thailand.

Tangkapan jam 1.15 petang itu semasa rondaan dilakukan oleh Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) di kawasan tersebut telah mendapati dua orang awam sedang melakukan aktiviti penyeludupan haiwan ternakan di tebing Sungai Golok, Tanah Merah.

"Pada masa sama, seorang lagi dipercayai bersubahat telah melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda ke arah jalan utama," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, sebanyak 12 ekor lembu ditinggalkan di tempat kejadian dan anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM60,000.

Ujarnya, satu laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda telah dibuat di Balai Polis Lalang Pepuyu.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 12 ekor lembu ditinggalkan di tempat kejadian.
Sebanyak 12 ekor lembu ditinggalkan di tempat kejadian.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memberitahu, haiwan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang, manakala kes penyeludupan akan disiasat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya.

"Berdasarkan kepada rekod, kes ini merupakan rampasan haiwan ternakan yang kedua berlaku di KTJ 8 Bgd sepanjang bulan September yang mana pada 4 September lalu sebanyak sembilan ekor kerbau dan seekor lembu telah diseludup masuk ke negara ini dari Thailand.

"ATM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!