KDN FC mohon venue tuan rumah di SSI

Kerja-kerja menambah menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV giat dilaksanakan ketika ini. (Gambar kecil: Rozi)
Kerja-kerja menambah menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV giat dilaksanakan ketika ini. (Gambar kecil: Rozi)
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) mengemukakan permohonan rasmi kepada Malaysian Football League (MFL) untuk menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Johor sebagai venue tuan rumah bagi perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 22 September 2024.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, perkara itu mendapat persetujuan bersama dengan JDT berhubung perubahan venue susulan Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses naik taraf sehingga pertengahan Oktober depan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pertimbangan setiap aspek dengan mengambil kira jadual perlawanan yang dikeluarkan oleh MFL untuk memilih SSI sebagai gelanggang tuan rumah KDN FC.

Aksi KDN FC di Stadium Sultan Muhammad IV sebelum ini.
Aksi KDN FC di Stadium Sultan Muhammad IV sebelum ini.

“Stadium Sultan Muhammad IV terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi proses naik taraf jadi kami memohon agar venue perlawanan Liga Super dengan JDT diubah ke SSI.

“Bagi pihak KDN FC, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberikan kebenaran dan hak kepada kami untuk menjadi tuan rumah di SSI,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Menurut beliau, bagaimanapun ketika ini pihaknya masih menunggu kebenaran daripada MFL berkenaan perubahan venue terbabit.

“Pemilihan venue SSI ini juga dibuat memandangkan perlawanan seterusnya KDN FC menentang Negeri Sembilan FC di Paroi pada 27 September 2024.

Artikel Berkaitan:

“Oleh sebab lokasi kedua-dua venue berada berdekatan, maka KDN FC bersetuju mengalihkan perlawanan ke SSI kerana dapat menjimatkan kos pengurusan,” ujar Rozi.

Katanya, menyedari bahawa permohonan berkenaan adalah di luar kebiasaan, namun tetap berharap MFL dapat mempertimbangkannya dengan mengambil kira masalah penutupan venue KDN FC.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!