Bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar meninggal dunia

Elly tidak asing lagi dalam kalangan peminat Cub Prix.
Elly tidak asing lagi dalam kalangan peminat Cub Prix.
A
A
A

BEKAS pelumba negara yang mencipta nama di pentas Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias meninggal dunia pada usia 40 tahun semalam.

Perkhabaran mendukacitakan itu dikongsikan adik Allahyarham, Elly Idzliaikmal Elias di laman sosial miliknya.

"Selamat jalan abang ku #16. Semoga tenang di negeri abadi abang sayangku. Moga ditempatkan di syurga. Tunggu kami di sana abang. Nanti kita jumpa di sana abang," tulis adik lelakinya itu.

Elly meninggal dunia pada usia 40 tahun.
Elly meninggal dunia pada usia 40 tahun.

Elly terkenal dalam kalangan peminat sukan permotoran tempatan kerana mula mencipta nama di arena perlumbaan tempatan Cub Prix dan menjuarai menjuarai pelbagai perlumbaan bersama pengeluar Yamaha, Honda dan Suzuki.

Allahyarham dianggap antara pelumba berbakat negara selepas turut terpilih sebagai pelumba wildcard Malaysia dalam saingan 125cc Kejuaraan GP Dunia bersama Zulfahmi Khairudin pada tahun 2009.

Salah satu detik hitamnya adalah dia pernah berdepan kemalangan serius dan mengalami retak tulang belakang sehingga memaksanya berehat untuk tempoh yang panjang pada tahun 2012.

Artikel Berkaitan:

Elly terpilih sebagai pelumba wildcard Malaysia dalam saingan 125cc Kejuaraan GP Dunia pada tahun 2009.
Elly terpilih sebagai pelumba wildcard Malaysia dalam saingan 125cc Kejuaraan GP Dunia pada tahun 2009.

Untuk rekod, Allahyarham mengambil keputusan untuk bersara daripada litar perlumbaan pada 2017 kerana ingin memberi tumpuan terhadap perniagaan di kampung halamannya dekat Kangar, Perlis.

Selain itu, Allahyarham juga pernah menceburkan diri dalam arena pengacaraan dan menjadi pengulas perlumbaan bersama Cub Prix.

Buku autobiografinya yang bertajuk 'Evolusi Elly: Daripada rempit kepada juara' yang diterbitkan pada 2010.
Buku autobiografinya yang bertajuk 'Evolusi Elly: Daripada rempit kepada juara' yang diterbitkan pada 2010.

Kisah perjalanan karier Allahyarham juga boleh ditelusuri menerusi buku autobiografinya yang bertajuk 'Evolusi Elly: Daripada rempit kepada juara' yang diterbitkan pada 2010.

Difahamkan, jenazah Allahyarham dihantar ke Hospital Alor Setar, Kedah untuk menjalani proses bedah siasat bagi menentukan punca kematiannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!