Muda sah tidak bertanding PRK DUN Mahkota

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), pada Khamis mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), pada Khamis mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), pada Khamis mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Dalam satu kenyataan media, Muda memaklumkan keputusan itu dibuat bagi memberikan fokus kepada siri jelajah ke seluruh daerah dalam negeri Johor.

"Setelah mengadakan perbincangan di peringkat Jawatankuasa Negeri Muda Johor dan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat, kami telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

"Buat masa ini, tumpuan kami adalah untuk mengembangkan kehadiran parti di setiap kawasan Parlimen dan daerah dalam negeri Johor.

"Secara keseluruhannya siri jelajah ini dibuat bagi dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan akar umbi dan melaksanakan agenda rejuvenasi parti," menurut kenyataan media berkenaan.

Untuk rekod, PRK DUN Mahkota diadakan setelah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Parlimen Kluang, kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Sementara itu, dalam kenyataan tersebut, Muda Johor turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua parti yang bertanding pada PRK DUN Mahkota ini.

Malah pihak Muda turut berharap agar kesemua parti bertanding dengan penuh semangat demokrasi.

Artikel Berkaitan:

"Kepada mereka yang berminat ntuk menjadi ahli Muda, sila layari pautan ini: www.partimuda.org.

"Muda Johor juga akan terus menjadi semak imbang dalam memperjuangkan isu-isu setempat yang memberi impak kepada rakyat dengan menekankan kepentingan memperkasakan suara rakyat di peringkat bawahan melalui Ahli Parlimen Muar dan ADUN Puteri Wangsa," menurut kenyataan itu lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!