Amaran angin kencang, laut bergelora - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan serta Selat Melaka Utara bermula 13 hingga 18 September ini. Gambar hiasan.
MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan serta Selat Melaka Utara bermula 13 hingga 18 September ini. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan serta Selat Melaka Utara bermula 13 hingga 18 September ini.

MetMalaysia berkata, ramalan cuaca signifikan itu dibuat berdasarkan analisis model cuaca dan penumpuan angin yang dijangka berlaku di dua lokasi terbabit.

"Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut.

"Sementara itu, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri lain masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

MetMalaysia juga menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi jabatan berkenaan.

"Muat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dah sahih," ujar kenyataan terbabit.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!