Isu GISB: Pas gesa dedah hasil siasatan kepada rakyat

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

TEMERLOH - Pas mengharapkan hasil siasatan berhubung dakwaan kanak-kanak di rumah amal kumpulan perniagaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) diliwat dan diajar meliwat didedahkan kepada rakyat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat mahu melihat apa yang sebenarnya berlaku di sebalik dakwaan terbabit.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut, namun menyerahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

"Kita tidak boleh komen banyak sebab ia masih dalam siasatan pihak polis, kadang-kadang (ini) benda baharu (yang) disiasat, tapi kita seolah-olah menjatuhkan hukuman.

"Mungkin ada kes, tapi kita serah kepada pkhak polis untuk membuat siasatan. Kita harap hasil dapat dimaklumkan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur di Kerdau pada malam Rabu.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, penguatkuasaan undang-undang dan ketegasan dari segi tindakan perlu dilaksanakan segera.

"Kita harapkan semua institusi, sekolah, asrama supaya dapat perkukuhkan pendidikan dan akhlak Islam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!