UPTM kolaborasi 27 syarikat menerusi AIC 2.0, tingkat kebolehpasaran graduan

Syarifah Syahirah (tengah) bersama wakil 27 pemain industri terlibat yang hadir pada majlis AIC 2.0 di UPTM di sini pada Khamis.
Syarifah Syahirah (tengah) bersama wakil 27 pemain industri terlibat yang hadir pada majlis AIC 2.0 di UPTM di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) berkabolarasi dengan 27 syarikat pelbagai industri menerusi Academia-Industrial Collaboration (AIC) 2.0 sebagai lonjakan meningkatkan kebolehpasaran graduan ke tahap maksima dan persiapan dalam pengetahuan serta peluang golongan itu.

Naib canselornya, Profesor Dr Syarifah Syahirah Sy Shiekh berkata, inisiatif AIC 2.0 tersebut juga bertujuan memberikan pendedahan awal dan persediaan kepada bakal graduan dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

"Pendedahan seperti ini penting agar UPTM dapat menghasilkan graduan gred dan kompetensi berkualiti tinggi yang mempunyai kemahiran, berdaya saing serta menjadi pilihan utama majikan.

"Kami menyasarkan 95 peratus kebolehpasaran graduan bagi AIC 2.0 ini berbanding tahun lalu sebanyak 91.5 peratus. Ia bagi memastikan setiap pelajar tidak hanya lulus dengan ijazah tetapi juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memasuki pasaran kerja.

"Pelajar bukan hanya belajar di sini, pihak kami turut bertanggungjawab membantu mereka dalam mencapai kerjaya dalam bidang yang diinginkan," katanya selepas merasmikan Majlis AIC 2.0 di UPTM, Cheras di sini pada Khamis.

AIC 2.0 dianjurkan bersama Sektor Perhubungan Industri & Pengantarabangsaan (ILAI) dan sektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UPTM.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr Syamsol Fozy Osman dan Pengarah Sektor Perhubungan Industri & Pengantarabangsaan, Dr Mohd Erfino Johari.

Pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPTM dan 27 pemain industri terlibat juga diadakan pada majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Tambah Syarifah Syahirah, AIC 2.0 juga mengadakan pameran kerjaya melibatkan beberapa syarikat swasta dan organisasi kerajaan terkemuka seperti Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan KL, Takaful Malaysia, PERKESO, Universiti Telnologi Malaysia, CRIT e-Sport Malaysia Sdn Bhd serta banyak lagi.

"Program ini juga dijangkakan dapat menyediakan pertukaran kepakaran, penempatan latihan industri bagi pelajar akhir tahun dan konsultasi pendidikan oleh badan profesional, syarikat-multi nasional, pemain industri dan badan bukan kerajaan.

"Seiring dengan hasrat Majlis Amanah Rakyat (Mara), kami bertekad untuk menyediakan platform terbaik bagi berkongsi pengetahuan kepakaran dan meneroka pelbagai peluang penempatan graduan kami di pasaran industri melalui kerjasama strategik serta pameran kerjaya ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!