'JPJ bukan sengaja nak cari salah RXZ Members'

Aedy Fadly bersama pegawai-pegawai JPJ ketika lawatan rasmi di Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa di sini pada Khamis.
Aedy Fadly bersama pegawai-pegawai JPJ ketika lawatan rasmi di Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan pemantauan yang dijalankan bukan sengaja mahu mencari kesalahan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkaitan program RXZ Members 6.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini pihaknya telah mengadakan pertemuan bersama penganjur program berkenaan berkaitan aspek peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi semua pihak terlibat.

"Peraturan jalan raya adalah perkara yang utama, kita tegaskan bahawa mana-mana kesalahan dikesan sama ada melibatkan pengubahsuaian motosikal keterlaluan, maka tindakan akan diambil.

"JPJ bukan sengaja mahu mencari kesalahan, namun kita mahu memastikan keselamatan semua pihak terlibat bukan sahaja penunggang malah masyarakat awam," katanya.

Aedy Fadly ketika memeriksa perbarisan ketika lawatan rasmi di Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa di sini pada Khamis.
Aedy Fadly ketika memeriksa perbarisan ketika lawatan rasmi di Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas lawatan rasmi di Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa di sini pada Khamis.

Katanya, JPJ turut menjalinkan kerjasama erat bersama pihak PDRM bagi mengawal keadaan sepanjang program berkenaan.

"Semua pihak terutamanya peserta program berkenaan diingatkanmematuhi semua peraturan yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Polis Terengganu mempertimbangkan untuk membatalkan permit program himpunan motosikal RXZ Members sekiranya didapati berlaku banyak pelanggaran undang-undang pada penganjuran acara itu kali ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin sehubungan itu mengingatkan penganjur dan peserta program tersebut supaya mematuhi peraturan ditetapkan.

Beliau berkata, program RXZ Members 6.0 yang akan diadakan pada Jumaat sehingga Sabtu ini di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!