Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah

AirAsia
AirAsia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Saham AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd di Bursa Malaysia jatuh dalam dagangan aktif selepas laporan yang mendakwa eksekutif kedua-dua syarikat itu terlibat dalam rasuah.

Pada jam 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen dengan 18.11 juta saham diniagakan.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam satu kenyataan semalam berkata, ia akan meneliti kenyataan fakta dalam kes Regina menentang Airbus SE yang mendedahkan beberapa dakwaan terhadap AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd.

AirAsia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia tidak terlibat dalam sebarang penyiasatan oleh UK Serious Fraud Office (SFO) terhadap pengeluar pesawat Eropah, Airbus, ataupun diberikan sebarang peluang untuk menyediakan maklumat atau penjelasan kepada SFO.

ARTIKEL BERKAITAN: AirAsia nafi dakwaan salah laku babitkan Airbus

Ia merujuk kepada sebuah artikel bertajuk “AirAsia directors/staff got RM240 mil bribe from Airbus, court docs say” dalam beberapa media berkaitan dengan "Deferred Prosecution Agreement" yang dimeterai oleh Airbus SE dan SFO pada 31 Januari lalu.

Artikel itu mendakwa perjanjian tertentu oleh AirAsia untuk menempah pesawat Airbus yang menyaksikan salah laku berkaitan penajaan sebuah pasukan sukan yang dimiliki bersama oleh eksekutif AirAsia.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan terhadap dakwaan ke atas kedua-dua syarikat itu dengan menghubungi pihak berkuasa di United Kingdom. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!