UMNO sudah jadi pengikut PKR, DAP - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO kini sudah menjadi pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO selama 22 tahun berkata, walhal UMNO sebelum ini berjaya menggagalkan Malayan Union British, memerdeka serta membangunkan negara sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.

"Matlamat UMNO bukan lagi memperjuang bangsa, negara dan agama. Matlamat UMNO hanyalah untuk selamatkan pemimpin daripada dihukum kerana rasuah, seleweng wang.

"Itu sahajalah perjuangan UMNO sekarang," dakwanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook pada Khamis.

Hantaran Dr Mahathir di Facebook beliau pada Khamis.
Hantaran Dr Mahathir di Facebook beliau pada Khamis.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, UMNO dahulu menjadi parti terbesar dengan mempunyai wakil rakyat terbanyak selain turut mendominasi Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Dr Mahathir mendakwa, UMNO sekarang menjadi parti kerdil dalam Pakatan Harapan (PH) yang terpaksa tunduk dan menyokong DAP dan PKR.

"Tiga suku dari ahli UMNO dan penyokong sudah tolak UMNO. Yang tinggal hanya wakil rakyat dan penyokong yang mengikut arahan Ahmad Zahid supaya undi DAP.

Artikel Berkaitan:

"UMNO yang kononnya tidak akan terima Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP sekarang menjadi alat Anwar dan DAP," dakwanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!