Dua kilang kitar semula operasi secara haram digempur

Salah sebuah kilang diserbu selepas beroperasi secara haram pada Khamis.
Salah sebuah kilang diserbu selepas beroperasi secara haram pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Dua kilang kitar semula beroperasi secara haram digempur Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada Rabu.

MPKS dalam kenyataannya memaklumkan, Jabatan Penguatkuasa MPKS menjalankan operasi bersepadu itu dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), polis dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor di Taman Perindustrian Bukit Badong dan di Jalan Kandar, Kampung Harmoni.

Menurut MPKS, operasi jam 10.30 pagi itu dijalankan hasil aduan awam mengenai kilang terbabit yang melakukan kacau ganggu bau dan alam sekitar.

"Didapati premis disyaki menyimpan dan memproses buangan terjadual seperti metal dross, buangan bateri kering, Plastic Circuit Board (PCB) serta buangan copper scrap," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu memberitahu, kilang terbabit diarahkan tutup serta-merta dan dikenakan kompaun ekoran kesalahan tidak memiliki lesen aktiviti mengilang dan sitaan turut dikenakan melibatkan satu unit forklift, peralatan berkaitan e-waste.

Jelas kenyataan itu, JAS turut mengambil sampel barang-barang e-waste untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi proses analisis, manakala JIM turut melakukan tiga tangkapan warga asing untuk semakan dokumen.

"Kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Kuala Selangor) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dari pihak berkuasa," tambah beliau.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!