Nelayan asing ditahan, 30kg udang geragau dirampas

PPM Pelabuhan Klang menahan tiga warga Indonesia yang sedang mencari hasil laut di perairan Sungai Besar, Selangor kelmarin.
PPM Pelabuhan Klang menahan tiga warga Indonesia yang sedang mencari hasil laut di perairan Sungai Besar, Selangor kelmarin.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Kegiatan nelayan warga asing yang mencari hasil laut pada kedudukan 2.2 batu nautika dari Sungai Besar di sini dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Op Gelora, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Hazri Zakaria berkata, tiga warga Indonesia berusia lingkungan 40-an ditahan dalam operasi kira-kira jam 1.45 petang itu.

"Siasatan mendapati seorang daripada mereka adalah tekong dan dua lagi awak-awak.

"Pemeriksaan lanjut menemui kira-kira 30 kilogram udang geragau yang dianggarkan bernilai RM500 hasil daripada kegiatan warga asing terbabit. Hasil laut itu dirampas untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati bot pukat tunda kelas B yang digunakan warga asing terbabit adalah milik warga tempatan.

Katanya, dipercayai warga asing itu telah aktif sejak enam bulan lalu dan diupah pemilik bot terbabit untuk mencari hasil laut.

"Kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan Kuala Selangor untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!