PRK DUN Mahkota: 1,074 polis bertugas pada hari penamaan calon

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menggerakkan seramai 1,074 pegawai dan anggotanya bgi memastikan kelancaran proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Sabtu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, semua pegawai dan anggota berkenaan akan bertugas mengawal lalu lintas serta keselamatan sepanjang proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

“Pasukan ini akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik bagi memantau situasi dan mengelakkan sebarang insiden yang boleh mengganggu kententeraman awam.

“Polis Johor menasihatkan agar calon-calon dan penyokong-penyokong parti yang terlibat mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku sebarang insiden yang mengganggu-gugat ketenteraman awam atau menyalahi undang-undang.

“Orang ramai dinasihatkan agar terus bersikap matang, saling menghormati dan mengelakkan daripada melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan insiden tidak diingini.

“Ini kerana tindakan sedemikian boleh mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!