'Ada YB Pas jual sup sara DUN'

Mohammad Rafiq Khan sesi perbahasan di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur di Kerdau pada Khamis.
Mohammad Rafiq Khan sesi perbahasan di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur di Kerdau pada Khamis.
A
A
A

TEMERLOH - Wujud kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas menjalankan perniagaan bagi mengutip dana untuk membiayai perbelanjaan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka.

Mendedahkan perkara itu, perwakilan Pahang, Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan berkata, individu yang digelar Yang Berhormat (YB) menjual sup sepanjang Muktamar Tahunan Pas kali ke-70 Kompleks Al Makmur di sini.

Beliau berkata, aktiviti penjualan itu dilakukan ekoran dinafikan pemberian peruntukan oleh kerajaan Pahang.

"Ada dua perwakilan pemuda Pas di Pahang, sahabat saya iaitu YB Sungai Lembing (Mohamad Ayub Mat Ashri), beliau mencari dana dengan membuka kedai di luar sana untuk menyara Pusat Khidmat DUN itu.

"Cari gerai YB Sungai Lembing dan pakat-pakat habiskan sup, bantu YB," katanya pada sesi perbahasan di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur di Kerdau pada Khamis.

Mohammad Rafiq Khan yang juga Exco Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas berkata, Kerajaan pada ketika ini layak menjadi pembangkang kerana banyak perkara gagal ditangani dengan baik.

"Dulu mereka segala (benda) pakar, tapi bila dah jadi kerajaan ia sebaliknya," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!