Nasib berbeza dua beregu negara di Hong Kong
[DIKEMAS KINI] BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke suku akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Hong Kong selepas menjinakkan gandingan dari Hong Kong, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan pada Khamis.
Perlawanan pusingan 16 yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, Kowloon, Pearly-Thinaah juga pilihan ketiga kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 500 itu menumbangkan Lok Lok-Hiu Yan, 21-16, 21-14 dalam masa 30 minit.
Pearly-Thinaah akan berdepan beregu pilihan kelapan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi bagi perebutan slot separuh akhir pada Jumaat.
Sementara itu, juara Terbuka Jepun 2024 Super 750, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengakhiri kempen di pusingan kedua apabila tewas kepada Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin.
Sze Fei-Nur Izzuddin yang pertama kali tampil dengan status profesional juga pilihan kelima gagal mempertahankan permulaan cemerlang 21-16 apabila tewas dua set berikutnya, 19-21, 13-21 dalam masa 60 minit.
Kejuaraan Badminton Terbuka Hong Kong
(SUPER 500)
PERSEORANGAN
Leong Jun Hao tewas kepada Lee Cheuk Yiu, Hong Kong, (14-21, 21-15, 22-24)
BEREGU LELAKI
Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong tewas kepada Chiu Hsiang-chieh-Wang Chi-Lin, Taiwan (21-18, 13-21, 17-21)
Lim Tze Jian-Wong Tien Ci tewas kepada Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae, Korea Selatan (9-21, 21-23)
Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengalahkan Xie Hao Nan-Zeng Wei Han, China, (21-11, 21-18)
BEREGU CAMPURAN
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mengalahkan Lin Bing-Wei-Lin Chih-Chun, Taiwan (21-14, 21-15)
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mengalahkan Reginald Lee Chun Hei-Ng Tsz Yau, Taiwan, (21-14, 4-1 * lawan tarik diri)
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tewaskan B Sumeeth Reddy-N Sikki Reddy, India (21-11, 22-20)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!