Tindakan Teresa saman Dr Akmal keruhkan keadaan

Mohd Azmawi
Mohd Azmawi
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok menyaman Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Salleh berkaitan isu sijil halal akan mengeruhkan lagi keadaan.

Ketuanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, ia juga akan menjejaskan hubungan politik yang telah terjalin.

"Teresa harus dan wajib menarik balik kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia atas kenyataan yang dikeluarkan, walaupun ia bersifat peribadi namun ia telah menguris hati umat Islam seluruh negara.

"Pemuda UMNO Kelantan tetap mempertahankan kenyataan Akmal yang membidas Ahli Parlimen Suputeh itu berkaitan isu sijil halal," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut belia, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu adalah bagi memastikan Islam di negara ini tidak dipersendakan oleh mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!