Deklamasi puisi merdeka tanam semangat cintakan negara

Pihak penganjur bergambar bersama peserta pada Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah-Sekolah Selangor 2024 di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah di sini pada Khamis.
Pihak penganjur bergambar bersama peserta pada Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah-Sekolah Selangor 2024 di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penyertaan golongan muda dalam aktiviti deklamasi puisi kemerdekaan perlu disemarakkan sekali gus menanam semangat cintakan negara.

Presiden Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (Kemudi), Zainal Mohd Jais berkata, semangat patriotik perlu ditanam dalam diri sejak kecil lagi bagi menghadapi cabaran semasa.

"Kita ingin membudayakan aktiviti deklamasi puisi kemerdekaan ini terutama minat generasi muda kini lebih terarah kepada gelombang media sosial," katanya pada Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah-Sekolah Selangor 2024 di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah di sini pada Khamis.

Zainal
Zainal

Zainal berkata, deklamasi puisi juga dapat dijadikan sebagai asas kepada jati diri serta melahirkan generasi yang mempunyai semangat dan jiwa merdeka.

Beliau memberitahu, seramai 80 peserta menggambil bahagian dan 16 terpilih berentap mendeklamasikan puisi pada peringkat akhir program berkenaan.

Ujarnya, setiap peserta dapat mendeklamasikan puisi dengan baik dan mempunyai kualiti dari segi penyampaian mesej kemerdekaan.

"Walaupun mereka masih peringkat awal, tetapi keseluruhannya dapat menghayati puisi dengan penuh semangat," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!