Pusat niaga GISBH di Krubong kini sunyi, lengang

Kafe GIBSH yang terletak di persimpangan jalan Krubong Perdana masih dibuka seperti biasa.
Kafe GIBSH yang terletak di persimpangan jalan Krubong Perdana masih dibuka seperti biasa.
A
A
A

MELAKA - Deretan rumah kedai di bawah kelolaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Krubong Perdana, di sini, didapati sunyi sepi biarpun beroperasi seperti biasa.

Difahamkan pusat perniagaan yang telah beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu di kawasan itu dan berhampiran jalan raya didapati lengang berbanding sebelum ini selepas berita pemerdagangan dan eksploitasi kanak-kanak oleh GIBS berjaya dibongkarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pagi Rabu.

Tinjauan juga mendapati tiada kanak-kanak dikesan bekerja di bawah premis terbabit.

Selain terdapat kafe yang terletak di persimpangan rumah kedai, terdapat beberapa premis perniagaan lain di bawah syarikat itu termasuk pasar mini, kedai langsir yang masih beroperasi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Badaruddin Mohd Kassim yang dihubungi mengesahkan jabatan itu tidak ada melakukan sebarang serbuan di premis terbabit.

Media pada Rabu melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 20 rumah amal dikaitkan GISB di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ujarnya, PDRM menerima laporan berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik GISB di Negeri Sembilan dan Selangor.

Razarudin memberitahu, GISB kini disiasat antaranya mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!