MoU peruntukan pembangkang: Hamzah akan keluarkan kenyataan

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

TEMERLOH - Sebarang kenyataan berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan akan dikeluarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Ahli Parlimen Larut itu akan mewakili PN dalam keputusan melibatkan pendirian pembangkang berhubung MoU berkenaan. 


"Kena semak dengan kenyataan Hamzah. Ketua Pembangkang yang akan keluarkan kenyataan hari ini (Khamis)," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang hadir ke Muktamar Pemuda Pas ke-65 di Kompleks Al-Makmur, di sini pada Khamis.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, PN dijangka akan menolak MoU dengan Kerajaan Perpaduan kerana ia bertujuan untuk menyekat atau menutup suara mereka.

Difahamkan, dalam satu klausa yang ditetapkan ialah PN perlu mengakui dan menyatakan komitmen bahawa setiap ahli Parlimen menahan diri dari membuat kenyataan, ucapan atau percubaan secara lisan atau bukan lisan yang bersifat kebencian.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut dilapor memaklumkan, jumlah peruntukan kepada pembangkang tidak dinyatakan memandangkan terma bagi draf tersebut masih belum dipersetujui PN.

Rentetan itu, pembangkang mendedahkan beberapa syarat didakwa dikenakan Kerajaan Perpaduan yang perlu dipenuhi ahli Parlimen blok berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan sebagaimana dituntut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!