Kambing gurun muncul di Gua Musang

Seorang pengguna laluan di Gua Musang terkejut selepas melihat kemunculan seekor kambing gurun.
Seorang pengguna laluan di Gua Musang terkejut selepas melihat kemunculan seekor kambing gurun.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengguna jalan raya di Gua Musang terkejut selepas melihat kemunculan seekor kambing gurun.

Video berdurasi 33 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Faisal Abas mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tersebut.

Rakaman itu jelas menunjukkan kelibat seekor kambing gurun yang kemudian berjalan memasuki kawasan hutan berhampiran.

Terdahulu pada Rabu Ahmad Faisal membuat naik video dia terserempak dengan seekor harimau belang di jalan Jelawang-Gua Musang.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengatakan pihaknya tidak menerima laporan berhubung penemuan hidupan liar tersebut.

Bagaimanapun beliau mengesahkan haiwan itu adalah spesis kambing gurun.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!