[VIDEO] Mufti Perlis hantar surat bertemu GISBH

A
A
A

PERLIS - [DIKEMAS KINI] Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendedahkan telah menghantar surat kepada pemimpin dipercayai syarikat GISB Holdings (GISBH) untuk mengadakan pertemuan.

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Maza juga memaklumkan bahawa pemimpin utama syarikat berkenaan telah bersetuju untuk hadir pada pertemuan itu.

"Hari ini kita hantar surat kepada pemimpin utama mereka untuk hadir ke Perlis 20 hari bulan.

"Saya akan panggil mereka, katanya mereka sudah bersetuju hadir," katanya dalam kuliah mingguan yang diadakan di Masjid Alwi, Kangar di sini.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendedahkan telah menghantar surat kepada pemimpin dipercayai syarikat GISB Holdings (GISBH) untuk mengadakan pertemuan.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendedahkan telah menghantar surat kepada pemimpin dipercayai syarikat GISB Holdings (GISBH) untuk mengadakan pertemuan.

Pertemuan itu dijangka diadakan dipercayai susulan pendedahan dibuat berkaitan eksploitasi wanita dan kanak-kanak yang didakwa berlaku dalam operasi rumah amal dikaitkan dengan syarikat tersebut.

Sebelum ini pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 20 rumah amal dikaitkan GISBH di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ujarnya, PDRM menerima laporan berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik syarikat itu di kedua-dua negeri terbabit.

Artikel Berkaitan:

Razarudin memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!