Perkahwinan bukan alat politik, nafsu kuasa - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO mengkritik cadangan perwakilan Selangor, Aubidullah Fahim Ibrahim dalam Muktamar Pemuda Pas agar mempertimbangkan perkahwinan rentas kaum atau budaya sebagai satu strategi politik.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ikatan tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat politik dan nafsu kuasa.

“Dalam Islam, perkahwinan adalah penyatuan suci di depan ALLAH dan tidak patut digunakan sebagai alat demi keuntungan politik dan nafsu untuk kuasa,” katanya menerusi hantaran di X pada Khamis.

Sebelum itu, Aubidullah turut menyatakan perkahwinan rentas kaum ataupun budaya boleh membantu parti bukan hanya mendapat satu undi tetapi mampu meraih ratusan undi.

Bagaimanapun cadangan berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan perwakilan sehingga pengerusi majlis terpaksa menenangkan keadaan.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden ketika diminta mengulas mengenai cadangan tersebut menyatakan ia merupakan pandangan Aubidullah dan tidak semestinya dijadikan keputusan sayang parti berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!